Tuesday, 4 February 2014

MINUM AIR BANYAK BOLEH GEMUK AIR?? BIAR BETOL!!!


Air minum 3 liter sehari?? Tak gemuk ke minum air banyak - banyak ni?? Boleh jadi gemuk air nanti!! Tu la antara rungutan yang selalu sy dengar bila suruh customer sy yang ambil produk shaklee ni minum air 3 liter sehari. Bukan hanya perlu minum air banyak untuk kurus, air sebenarnya sangat penting untuk memudahkan penyerapan vitamin dalam badan. Tak kirala ambil vitamin untuk apa yg penting air memang penting uolls..



Sekarang ni, saya nk fokus tentang pentingnya air dalam usaha untuk menurunkan berat badan.. pengambilan air sebelum makan boleh meningkatkan rasa kenyang pada seseorang. Disebabkan itulah bagi mereka yang sedang diet dan mengambil lebih banyak air berat badannya lebih cepat turun. Terdapat kajian yang dilakukan oleh Rebecca Muckelbauer, seorang penyelidik dari Berlin School of Public Health,Charite University Medical Berlin, Jerman mengaku sebagai seorang penyelidik tentang pemakanan,  ramai orang bertanya kepadanya sama ada mereka perlu minum banyak air untuk mengurangkan berat badan. Disebabkan itu beliau menjalankan penyelidikan tentang kepentingan air untuk menurunkan berat badan. 



Terdapat 11 kajian yang sesuai dengan kriteria yang diinginkan penyelidik. Bahkan tiga diantaranya menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan air pada pelaku diet terbukti mempercepatkan penurunan berat badan. Salah satunya dilakukan oleh Brenda Davy, seoran profesor dari Virginia Tech, AS. Kajian yang ini mendapati bahawa orang-orang usia pertengahan umur dan warga tua yang minum dua gelas air sebelum makan akan kehilangan berat badan kira-kira 1.8 kilogram lebih banyak daripada kumpulan yang tidak minum air tambahan. Sedangkan kajian lain mengatakan wanita yang meningkatkan penggunaan airnya ketika diet akan kehilangan lebih banyak berat badan tambahan berbanding wanita yang hanya mengambil air di bawah satu liter perharinya. Walaupun begitu, tak ada satu pun kajian yang dapat menjelaskan bagaimana air membantu orang-orang dalam kajian-kajian tersebut untuk menurunkan berat badannya. Tapi menurut Davy, "Air dapat meredam rasa lapar. Dan hal ini boleh jadi membantu mereka mengurangkan pengambilan kalori mereka."


Muckelbauer pun sepakat bahawa peningkatan rasa kenyang merupakan penjelasan yang paling masuk akal di balik penemuan ini. Kemungkinan lain adalah keadaan yang disebut dengan 'thermogenesis yang dicetuskan oleh air'. "Jadi minum air itu sendiri meningkatkan pelepasan tenaga tubuh atau air juga diketahui mempunyai kesan memakan tenaga. Hanya saja ini tak banyak diperhatikan penyelidik," kata Muckelbauer seperti dilansir Reuters, Jumaat (5/7/2013). 



Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =  (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
contoh pengiraan:Berat badan Ali ialah 75kg.(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.contoh:Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.dan banyak lagi kelebihan minum air kosong nih. Jadi, pastikan anda minum air kosong yang cukup untuk menjaga kesihatan diri anda.

Sebarang pertanyaan dail je no ni.. 019 4582306 - JUNITA SID SHAKLEE ANDA !!! ^_^

2 comments:

  1. Head Titanium Ti s6 | Titanium Art | TITaniumArts
    Head TitaniumTi s6 are a titanium solid wood solid wood core made in the USA. It is high quality welding titanium and it has a nice, slightly rounded design. titanium forging It weighs 0.5 titanium vs ceramic tons and where is titanium found has titanium bmx frame

    ReplyDelete