Tuesday, 17 December 2013

TIPS ELAK PERUT BUNCIT!!

Perut buncit pasti akan mencacatkan penampilan anda kan?? Baik lelaki atau perempuan semua inginkan bentuk badan yang menarik. Tahukah anda kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak  mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.




Perut buncit merupakan tanda adanya timbunan lemak di perut. Timbunan lemak ini disebut sebagai omentum. Makin tebal lapisan lemak di balik perut, makin tebal omentum anda, dan hasilnya makin buncit perut anda. Omentum adalah jaringan lemak yang terletak dalam rongga perut dan berfungsi sebagai pelindung bagi organ dalaman.Jika berat badan anda naik dan yang bertambah berupa lemak tubuh, maka jaringan omentum ini akan bertambah tebal, besar, dan menggumpal, sehingga perut akan menjadi semakin buncit. Jika berat badan turun dengan berkurangnya timbunan lemak tubuh, maka omentum akan menyusut kembali.




Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.

1) Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

2) Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

3) Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak.

4) Minum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

5) Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

6) Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

7) Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda!

Produk yang membantu masalah perut buncit











Hubungi saya :

Dapatkan omega dengan harga PROMOSI BULAN DISEMBER sehingga hujung bulan ini!!!

Monday, 9 December 2013

DIET TANPA MAKAN NASI.. BERKESANKAH???

Tergerak hati nak tulis tentang entry diet tanpa makan nasi ni.. Mesti ramai yang fikir konsep diet adalah dengan mengelak dari makan nasi kan?? Baru berat cepat turun.. Kita dah set dalam otak yang makan nasi memang menggemukkan.Nak kurus kena tinggal nasi.. persoalannya BERKESANKAH??? Mesti ramai yang dah cuba dan akhirnya "give up" sebab tak tahan kalau tak makan nasi dan ada yang berat tak turun pun walau dah tak makan nasi seminggu, 2 minggu malah sebulan.. kenapa??? Jom kita tengok fakta mengenai diet tanpa makan nasi ni..





FAKTA MENGENAI DIET TANPA NASI

Masalah berat badan berkait rapat dengan jumlah kalori.Semakin banyak kalori yang anda makan, semakin besar kemungkinan anda untuk mendapat kenaikan berat badan. Jika kita mengurangkan pengambilan sekitar 500 kalori/hari maka dalam sebulan kita membuang kira-kira 15, 000 kalori. Pengurangan kalori Iini tentu akan mengakibatkan penurunan berat badan kan.. Jadi dengan tidak memakan nasi memang akan menurunkan berat badan, tetapi persoalannya berapa lama anda mampu bertahan tanpa makan nasi??? Sebulan?? 3 bulan??? Setahun atau selama lamanya??? Semua bergantung pada anda sampai bila anda nak mengelak untuk tidak makan nasi.. Emmmm boleh tahan ka?? Nasi kan makanan ruji rakyat Malaysia...

Mesti ada yang fikir.. alah.. apa susah, tak makan nasi kan boleh ganti dengan makanan sumber karbohidrat yang lain.. macam roti, bihun, pasta, mee.. Anda sedar tak yang semua jenis makanan tersebut juga merupakan sumber karbohidrat yang sama kalorinya dengan nasi??? Bermakna anda tidak mengurangkan jumlah kalori yang diambil malah tetap mengambilnya tanpa anda sedar walaupun anda tak makan nasi... Jadi jangan hairan kalau anda tak makan nasi tapi tetap tak boleh kurus malah menyeksa diri sebab berlapar..Jadi nak buat macam mana ya?? Pilihan di tangan anda.. nak pilih makan nasi ka atau tetap dengan diet tanpa nasi... tapi saya... PILIH MAKAN NASI UNTUK KURUS!!! Makan nasi untuk kurus??? Gila ka apa??? Nak kurus macam mana??? Okey jom kita tgk mcm mana cara nak kurus tapi tetap makan nasi... BESTKAN...

Ok, menurut pakar pemakanan Kevin Zahri kita boleh makan nasi sekurang kurangnya 3 kali sehari atau 5 kali sehari tanpa perlu berlapar.. apa yang perlu anda buat adalah dengan  mengurangkan jumlah nasi atau secara ringkasnya jumlah kalori bagi setiap hidangan yang diambil... nak makan nasi 3 atau 5 kali sehari boleh.... tapi nasi yang dimakan cuma segenggam atau sebesar penumbok tangan kita... cuba tengok besar mana penumbok tangan anda?? Mesti anda fikir alah.. nasi banyak ni sekali aku suap dah habis.. mana kenyang??? Ye tak?? Tapi anda bukan makan nasi je.. mesti makan dengan lauk dan sayur kan... ambil sayur banyak, ikan, ayam atau daging, mesti kenyang atau cukup.. ditambah dengan segelas air kosong paling elok untuk mengelakkan pertambahan kalori dari air yang manis... nak minum air manis boleh.. tapi kena kurang lagi nasi.. haaa... kau mampu??? Tak mampu baik minum air kosong je.. untuk elak kalori yang berlebihan.. Nak bagi cepat kenyang elok minum air kosong segelas dulu sebelum makan... lepas tu makanla... boleh makan ulang - ulang 3 atau 5 kali sehari.. bagi yang nak kurangkan berat badan boleh mkan 3 kali sehari yang penting nasi maintain segenggam dan banyakkan sayur dan minum banyak air kosong...







Nak kurus konsepnya kurangkan kalori yang diambil berbanding jumlah kalori yang digunakan oleh badan.. jadi baru boleh kurus... dan jangan mengharapkan diet yang cepat untuk kurus kerana akan memudaratkan kesihatan.. Sebab tu ada yang sebulan dah kurus tak makan nasi tapi lepas tu makan nasi macam biasa berat badan naik semula.. diet macam ni memang tak bagus.. Sebab tu ada yang dah dapat berat badan ideal dalam sebulan, lepas sebulan makan nasi macam biasa badan naik.. Badan naik salahkan nasi yang menjadi punca anda gemuk.. bukan nasi yang menggemukkan tetapi jumlah kalori yang anda ambil yang membuatkan anda gemuk.. jadi yang penting makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit agar mengalakkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Kalau ditambah dengan senaman yang ringan seperti naik turun tangga atau aktiviti harian seperti mengemas rumah dan aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.. yang penting MAINTAIN...

PRODUK YANG MEMBANTU PEMBAKARAN LEMAK WALAUPUN MAKAN NASI





Ini antara produk yang mampu membantu anda untuk membakar dan membuang lemak yang diambil semasa makan... dah kontrol kalori yang diambil ditambah dengan produk ni memang akan turun berat badan... jangan risau sebab produk ni SELAMAT, ADA KELULUSAN KKM, HALAL DAN BERKESAN!!!
Percaya atau tak set hebat ini hanya bermula dari harga bawah Rm100.. kesannya memang mantop!! Badan kurus, walaupun makan nasi... Jadi tunggu apa lagi.. Dapatkan produk hebat ini dari saya SID SHAKLEE anda yang sah..


DAPATKAN DENGAN HARGA PROMOSI ADIK BERADIK ^_^